Monday, November 17, 2008

KURSUS LDP KALI KEDUA



Sekolah Kebangsaan Keting telah berjaya mengadakan kursus LDP kali keduanya pada 8 November 2008.Kursus telah dihadiri oleh semua tenaga pengajar SK. Keting. Seperti kersus yang pertama, kursus ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK. Keting En. Mohd Ab. Halim B. Naji.Kursus ini dengan tajuk " Pengurusan Masa Dan Stress Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran dan Kepentingan Modal Insan Dalam Kerjaya Guru". Pihak sekolah amat mengharapkan agar kursus ini dapat membantu guru-guru bagi membentuk jati diri yang kukuh dan seterusnya dapat mempertingkatkan keupayaan guru sesuai dengan motto sekolah.

KURSUS LDP KALI PERTAMA



Kursus LDP kali pertama telah dijalankan pada 10 Mei 2008 pada hari Sabtu. Kursus ini telah dihadiri oleh semua guru. Kurusu LDP telah dijalankan di Makmal Komputer SK. Keting. Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Mohd Ab. Halim B. Naji selaku Guru Besar SK. Keting. Kursus LDP dengan tajuknya 'Pemantapan dan Keberkesanan Pengurusan Panitia serta Pengajaran Pembelajaran dalam bilik Darjah.
Penceramah kursus iaitu Ybhg.Tn. Haji Abdul Hadi b. Ab. Rahman.

Laporan : SU LDP SK. KETING